CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 22, 2008

HIDUP MESTI INDAH!!

HIDUP MESTI INDAH!!
‘Namun yang indah hanya sementara..
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang..’

Tagline ni tagline yg pertama wujud dlm blog ni.. dan tagline ni jugalah yg menjadi kegemaran aku.. sungguh aku nak hidup ni indah..xde kekusutan dan keserabutan.. malah aku yakin bukan aku jep, semua org pn musti nk yg indah2 je..

INDAH????

Perkataan indah ni sebenarnya hanya sesuai untuk menggambarkan suatu pemandangan je. Aku tahu sebagai seorg bakal cikgu bm..insyaallah..penggunaan perkataan ini sememangnya salah.. tetapi ntah macam mana la perkataan ni bleh lekat dan sebati dengan aku

Al-kisahnya bermula apabila kakakku yg tak brapa nak betul telah menggunakan perkataan ini untuk menggantikan perkataan ‘sedap’ bagi makanan..Kami dulu suka keluar malam2 pergi makan. Tak kisah la pukul brapa pun dan makan apa2 je. Kadang2 roti bakar je, and time nk mlahap bantai tomyam kul 1 pagi pn ok je..
Kami kalau keluar tu xdecide pun kami nk makan ap,so dok dalam kete tu la dok piker apa mende yg nk dimakan sampaila kami sampai kat kdai makan still xtau nk makan apa. Jadi kami survey la makanan situ, nampak cam sedap kami oreder. Dah makan tu die cakap makanan tu memang sedap, memang ‘indah’ ah.. so dari situ la lekat perkataan indah…

Dan bila dah terlekat aku pulak menyebarkan perkataan ini dan mengunakannya menggantikan apa2 saja benda yang baik seperti benda yang cantik, bau yang harum, lagu yang best dan idea yg bernas selain makanan yang sedap semuanya aku panggil ‘INDAH’..


HIDUP MESTI INDAH??

Berbalik pada tagline aku yang pertama pula… aku rasa inilah yang aku nak dalam hidup aku. Hidup yang indah maksudnya bukan aku tak ada masalah, tapi masalah tu aku boleh handle.. bukan tak ada benda yang aku tak suka, tapi aku boleh terima benda tu.. bukan aku tak ada musuh, tapi aku boleh buat kawan dengan musuh aku.. bukan tak ada orang tak benci aku, tapi aku boleh senyum ikhlas dengan dia.. bukan aku tak pernah gagal, tapi aku belajar dari kegagalan aku.. dan bukan aku tak pernah kecewa, tetapi aku sentiasa percaya akan kejayaan di hari muka.. dan sesungguhnya semua ini bukanlah senang untuk aku capai.. tapi yang pasti inilah maksud tagline aku yang pertama iaitu ‘HIDUP MESTI INDAH!!’ namun aku akan terus berusaha untuk mencapai maksud tagline ni sebab sape yang tak nak hidup INDAH kn?? Yeah!!

Tentu saja aku akan berkata tidak untuk kehidupan yang bercelaru, pada kesedihan dan pada kesepian… aku wanita yag lemah, yang takut pada kesedihan dan kesepian. Sesuatu yang senang tidak datang bergolek.. aku harus pasrah pada ketentuan illahi dan menerima segala ujiannya dengan penuh kesabaran. Manis jgn terus ditelan dan pahit jgn terus dibuang.. moga pepatah ini menjadi pegangan aku di sepanjang laluan dan liku-liku hidup aku..

Kehidupan yang indah insyaallah menanti aku di hari muka sekiranya aku bersabar.. dan aku percaya ya allah..hanya padamu tempat aku mengadu dan memohon petunjuk.. semoga engkau tetapkanlah hatiku di jalan kebenaranmu..
Amin..ya rabbal alamin..

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah <

Sunday, December 21, 2008

MUKADDIMAH..dimulakan dgn bismillah....

dimulakan dgn bismillah..Sebagai permulaan kepada blog ini, eloklah kiranya aku menetapkan bahawasanya blog ini lebih sekadar tatapan kepada aku sendiri.. Tentang apa sahaja yang aku fikirkan, tentang pelajaran aku, fikiran aku, masalah aku, hidup aku, dan diri aku.. blog ini juga diharap boleh menjadi peringatan kepada aku sendiri…

Oleh kerana blog ini lebih kepada tatapan aku, makanya aku lebih senang menggunakan kata ganti diri pertama ‘aku’ disini.. pada dasarnya aku menggunakan perkataan ‘kita’ bila aku selalu bermonolog dalaman iaitu bila aku bercakap dengan diri aku sendiri.. ntahla, dah automatic perkataan ‘kita’ yang keluar dan bukannya ‘aku’, ‘saya’ atau apa2 saja kata ganti diri pertama.. sebaliknya aku menggunakan kata ganti diri kedua iaitu ‘kita’.. seolah2 ada dua watak apabila aku bercakap sendirian.. dan inilah apa yang aku rasa bila aku bermonolog..

Dan kata ganti diri pertama ‘saya’ pula aku gunakan bila nak bercakap dengan kawan2.. tak kira la lelaki atau perempuan.. bukan nak tunjuk budak baik atau terlebih sopan, tetapi dah sebati aku lebih senang menggunakan ‘saya’ dan ‘awak’. Mungkin mengikut jejak kakak aku yang seingat aku memang menggunakan panggilan ni dengan kawan2. tapi kadang2 tu aku pakai jugak la panggilan ‘hang’ bila cakap dengan budak laki takut dia ingat aku ni sengaja la pulak nak tunjuk sopan walhal aku pon sempoi je.. n takut jugak kadang2 dorg xselesa nak sembang ke..

Walaupun aku guna panggilan ‘saya’ dan ‘awak’, tapi aku tak kisah langsung dorg panggil apa pn.. nk guna ‘aku’ ‘kau’ ke, ‘mu’ ‘aku’ ke or apa2 je.. jgn la smpai dorg ubah2 sebab nak cakap dengan aku je.. sikit pun aku tak kisah.

Dan bila aku menulis sesuatu yang memang untuk tatapan aku sendiri, aku lebih senang guna perkataan ‘aku’ dan bukannya ‘kita’ macam aku bercakap sendiri sebab aku rasa lebih sampai maksudnya.. bila aku berfikir sesuatu aku guna ‘kita’ tapi bila nak menulis aku guna ‘aku’ la.. macam sekarang.. tak susah pun sebab mende ni automatic jadi.

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <