CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

BILA AKU DISINI!

1,2,3.

Bila aku disini, adakalanya untuk meluahkan rasa. Segala yang aku pendam, segala yang aku ada. Selagi terdaya, selagi ada masa. Aku akan tetap di sini. Kadang-kadang, banyak yang ingin aku luahkan, tapi apakan daya. Aku, A.M.I, lebih suka berfikir dan bercakap sendiri dari menulis di sini.

Bila aku di sini, untuk meluahkan segalanya. Ada masanya terfikir aku, ‘Hm, untuk apa ya?’. Aku menulis segala yang aku sudah tahu. Segala yang datangnya dari aku. Terus, perlu apa aku menulis di sini. Paling-paling, aku membaca segala yang sudah aku tahu.

Tapi bila aku disini, dan menekan setiap abjad2 ini, berkata aku, ‘Hm, aku di sini. Esok juga aku masih di sini. Mungkin, aku akan terus di sini. Ya, aku akan tetap di sini!’

Lalu bila aku di sini, dan terusan bertanya, ‘ Untuk apa?’ Yaa.. Lambat atau cepat, aku tetap memerlukan jawapan. Maka aku berfikir, jangan hanya pandai bertanya A.M.I.. cari jawapannya. CARI. Ye, aku cari. Sebentar. Mungkin juga hari ini, mungkin juga esok, mungkin juga lusa. Bila-bila pun, bagaimana cara pun, aku pasti akan bertemu jawapannya. Insyaallah. Selagi diizinkan Tuhan. I just have to work on it. So, think!

Makanya bila aku di sini dan tetap saja di sini, aku telah kembali dengan jawapan. Tidak akan keluar ia soalan tanpa jawapan. Tersenyum aku. Seperti juga soalannya, jawapannya juga masih sama. Jawapan yang sama untuk soalan yang sama. Maaf A.M.I, aku hanya terkeliru juga sedikit serba salah. Terusan memberi jawapan yang sama untuk soalan itu. Aku hanya mencuri sedikit ruang itu untuk mencari jawapan lain. Tapi percuma, ngak ada. Apapun cara, bagaimanapun aku ikhtiarkan, jawapannya masih sama.

Hm..bila aku di sini. Dan masih tetap yakin di sini, ia itu dari kerana aku percaya pada jawapan aku. Tak perlu yang lain, apatah lagi menidakkan kebenarannya. Jangan pernah cuba. Perlu jawapan itu di sini? Tidak. Tak usah. Kerana jawapannya, insyaallah akan tetap aku ingat. Tidak perlu berada di sini untuk mengingatkan aku. Hanya aku yang tahu. Hanya aku yang perlu. Lagi juga, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Aku ingat itu.

Dan bila aku di sini, aku bersama keyakinan aku!

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, December 10, 2009

KOSONG? =D

Aku termenung. Merenung kertas kosong. Bersama pena di tangan. Ada yang mengeluh. Dan aku, hanya memandang, tersenyum dan bertanya, apa yang dapat membahagiakan anda? Satu senyuman? Aku mengangguk. Benar. A smile is nearly always inspired by another smile. Sungguh.

Smile.
And the whole world will smile with you.
Smile.
And the world things will shine for you.
Smile.
And the whole people will sing for you.

Smile, dear.
And you'll hear the lovely sounds of your heartbeats.
Smile, love.
And don’t worry, everything’s gonna be okay.

Smile with your whole heart.
Smile as you’ll fly high.
Smile with your full sight.
Let the glow shines in your eyes.
Cause somehow, eyes never lie…
So, let them show your true heart. =)

Aku tersenyum. Dan kembali merenung kertas kosong. Mencari, apa kertas ini turut tersenyum? Aku melihat, kertas ini tersenyum. Realiti, atau fantasi? Sekali lagi, aku tersenyum. Mungkin itu jawapan aku.

Kadang-kadang, aku hanya perlu merasakannya.
Tanpa kehadirannya.
Cukup bagi aku.

Dan di situ, aku melihat masih kosong.
Tapi di hati, aku merasakan sesuatu.
Cukuplah.

Pena kembali aku letakkan.
Tanpa tinta yang sudi tumpah.
Dan kertas, yang menjadi basah.

KOSONG? TIDAK... SENYUM. LIHAT. RASA.
o)? x)... =). =I. =P.

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Wednesday, December 9, 2009

MATI . HIDUP . KEMBALI .


Butterfingers - Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana saja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada kusangka ada
Oh tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan bunyian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Kembali...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~