CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

BILA AKU DISINI!

1,2,3.

Bila aku disini, adakalanya untuk meluahkan rasa. Segala yang aku pendam, segala yang aku ada. Selagi terdaya, selagi ada masa. Aku akan tetap di sini. Kadang-kadang, banyak yang ingin aku luahkan, tapi apakan daya. Aku, A.M.I, lebih suka berfikir dan bercakap sendiri dari menulis di sini.

Bila aku di sini, untuk meluahkan segalanya. Ada masanya terfikir aku, ‘Hm, untuk apa ya?’. Aku menulis segala yang aku sudah tahu. Segala yang datangnya dari aku. Terus, perlu apa aku menulis di sini. Paling-paling, aku membaca segala yang sudah aku tahu.

Tapi bila aku disini, dan menekan setiap abjad2 ini, berkata aku, ‘Hm, aku di sini. Esok juga aku masih di sini. Mungkin, aku akan terus di sini. Ya, aku akan tetap di sini!’

Lalu bila aku di sini, dan terusan bertanya, ‘ Untuk apa?’ Yaa.. Lambat atau cepat, aku tetap memerlukan jawapan. Maka aku berfikir, jangan hanya pandai bertanya A.M.I.. cari jawapannya. CARI. Ye, aku cari. Sebentar. Mungkin juga hari ini, mungkin juga esok, mungkin juga lusa. Bila-bila pun, bagaimana cara pun, aku pasti akan bertemu jawapannya. Insyaallah. Selagi diizinkan Tuhan. I just have to work on it. So, think!

Makanya bila aku di sini dan tetap saja di sini, aku telah kembali dengan jawapan. Tidak akan keluar ia soalan tanpa jawapan. Tersenyum aku. Seperti juga soalannya, jawapannya juga masih sama. Jawapan yang sama untuk soalan yang sama. Maaf A.M.I, aku hanya terkeliru juga sedikit serba salah. Terusan memberi jawapan yang sama untuk soalan itu. Aku hanya mencuri sedikit ruang itu untuk mencari jawapan lain. Tapi percuma, ngak ada. Apapun cara, bagaimanapun aku ikhtiarkan, jawapannya masih sama.

Hm..bila aku di sini. Dan masih tetap yakin di sini, ia itu dari kerana aku percaya pada jawapan aku. Tak perlu yang lain, apatah lagi menidakkan kebenarannya. Jangan pernah cuba. Perlu jawapan itu di sini? Tidak. Tak usah. Kerana jawapannya, insyaallah akan tetap aku ingat. Tidak perlu berada di sini untuk mengingatkan aku. Hanya aku yang tahu. Hanya aku yang perlu. Lagi juga, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Aku ingat itu.

Dan bila aku di sini, aku bersama keyakinan aku!

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, December 10, 2009

KOSONG? =D

Aku termenung. Merenung kertas kosong. Bersama pena di tangan. Ada yang mengeluh. Dan aku, hanya memandang, tersenyum dan bertanya, apa yang dapat membahagiakan anda? Satu senyuman? Aku mengangguk. Benar. A smile is nearly always inspired by another smile. Sungguh.

Smile.
And the whole world will smile with you.
Smile.
And the world things will shine for you.
Smile.
And the whole people will sing for you.

Smile, dear.
And you'll hear the lovely sounds of your heartbeats.
Smile, love.
And don’t worry, everything’s gonna be okay.

Smile with your whole heart.
Smile as you’ll fly high.
Smile with your full sight.
Let the glow shines in your eyes.
Cause somehow, eyes never lie…
So, let them show your true heart. =)

Aku tersenyum. Dan kembali merenung kertas kosong. Mencari, apa kertas ini turut tersenyum? Aku melihat, kertas ini tersenyum. Realiti, atau fantasi? Sekali lagi, aku tersenyum. Mungkin itu jawapan aku.

Kadang-kadang, aku hanya perlu merasakannya.
Tanpa kehadirannya.
Cukup bagi aku.

Dan di situ, aku melihat masih kosong.
Tapi di hati, aku merasakan sesuatu.
Cukuplah.

Pena kembali aku letakkan.
Tanpa tinta yang sudi tumpah.
Dan kertas, yang menjadi basah.

KOSONG? TIDAK... SENYUM. LIHAT. RASA.
o)? x)... =). =I. =P.

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Wednesday, December 9, 2009

MATI . HIDUP . KEMBALI .


Butterfingers - Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana saja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada kusangka ada
Oh tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan bunyian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Kembali...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, October 28, 2009

HIDUP INI KLISE?!

Adakah adat dunia, bila lelaki yg selalu silap,
pmpuan yg kna betulkn?
Adakah adat dunia, bila lelaki minta maaf,
dan perempuan mesti maafkan?
Adakah adat dunia, bila lelaki yg malu,
pmpuan yg kena tampil berani?
Adakah adat dunia, bila lelaki jatuh,
pmpuan yang kena bangunkan?
Bukankah kita ini adam dan hawa?
Saling memahami? Saling memerlukan?
Kenapa tidak kita juga saling memberi?
Dan tidak hanya terusan menerima?

Otak kita ada akal, dan hati ini hanya satu..
Kenapa tidak digunakan akal yg dikurniakan?
Dan kenapa tidak dimanfaatkn hati yang cuma satu adanya?
Bukan sekali dua bermain-main di fikiran aku..
Ah..lelaki memang begitu, dan perempuan memang begini..
Agar kita saling melengkapi..

Bagaimana dunia..
Jika lelaki begitu, perempuan juga begitu..
Jika lelaki begini..perempuan juga begini…
Ha..aku sendiri maklum hal itu..
Tapi kadang2 semangat ratu
Tanah serendah sekebun bunga ini timbul..
Bilamana perempuan yang lemah, terpaksa berlagak kuat
Dek kerana lelaki yang kuat, pura-pura lemah..

Sedarlah hai adam..
Apalah sangat kudrat hawa yang azalinya lemah..
Jangan pernah percaya andai mereka berkata,
“Kami juga sekuat lelaki!”
Alahai..kita sedia maklum..dan semua orang tahu
Di alam nyata mahupun dalam setiap cerita,
Mana mungkin heroin mengalahkan hero??

Perempuan kata : “Ah, lelaki semua sama saja!”
Lelaki kata : “ Ah, perempuan semua sama saja!”
Hakikatnya : Memang.. memang lelaki dan perempuan sama saja!
Kita semua sama saja.
Janganlah perempuan berlaku sombong
hanya kerana syurga berada di telapak kaki kita
Janganlah lelaki berlagak angkuh
hanya kerana hak talak berada di tangan mereka

“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di belakangnya..”
Hm?
Maaf…itu dulu.
Sekarang, aku lebih setuju dengan ini :-
“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di sebelahnya.”
Lebih harmoni bukan?
Saling memberi dan saling berkongsi..
Fitrah kita saling melengkapi.

SUBHANALLAH
Maha Suci ALLAH
Yang menciptakan kita manusia berpasang-pasangan adanya
Melahirkan HAWA dari tulang rusuk kiri ADAM
Dekat dengan hati yang lemah
Untuk dilindungi dan dikasihi…

Benar..hidup ini mungkin klise..
Kerana orang-orang yang hidup itu juga sesuatu yang klise..
Tak akan ada lagi yang lain..
Selain kita manusia adam dan hawa..
Belajarlah sesuatu dari klise itu..

"Kadangkala, kita tak perlukan yang terbaik untuk menjadikan kita berjaya,
cukup sekadar yang termampu menjadikan kita seorang yang sempurna.."

Dan, sesempurna manapun seseorang itu,
Tidak mungkin akan dapat memuaskan hati semua orang.
Ambillah..terimalah..
Tak tinggi kita dek puji,
Tak mati kita dek keji..
INSYALLAH

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, October 19, 2009

HIDUP INI INDAH?!

18/07/09...(16.00 pm)

Hidup ini indah!
Namun terkadang aku kalah…
Bilamana jiwa ini dilanda resah.
Aku tidak betah
namun aku tahu aku harus pasrah.
Biarkan segalanya datang menjengah
dan aku tahu aku perlu mengimbau sejarah.

Satu-satu yang pergi,
Satu-satu yang kembali…
Jalan yang mana aku lalui?
Yang lurus, yang kanan, atau yang kiri?
Ah…aku tetap saja disini.
Masih mencari-cari diri..

Hidup ini indah!
Sungguh…aku percaya itu.
Tanpa hidup kita mati.
Makanya aku terus gagahkan hati.
Aku percaya adanya hikmah di setiap yang terjadi
dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku masih percaya bahawa hidup ini indah… terima kasih untuk itu..

pada setiap nafas yang aku hela.. pada setiap udara yang aku hirup.. pada setiap kalimah yang aku lafaz.. pada setiap detak jantung kuberdegup dan pada setiap titik darah ditubuhku mengalir.. tidak pernah sekalipun aku menidakkan pernyataan yang aku pegang..

tiap kali bilamana terasa perasaan hitam membelenggu, HATI akan berkata pada aku: ‘tak apa-apa AMI, hidup itu memang begitu’.. aku terima..terasa lapang di dada.. tiap kali bilamana terasa dunia ini gelap, HATI akan berkata pada aku: ‘tak apa-apa AMI, hidup ini memang begini’..aku mengangguk..dan aku tersenyum..

hm..betul..hidup akan sentiasa begitu dan begini..aku tidak mungkin akan dapat lari..yang jadi penentu, cara aku berhadapan dengan begitu dan begini hidup.. apa yang nak dikisahkan.. kehidupan itu sendiri adalah satu perjalanan yang jauh.. apa yang disemai, itulah yang akan dituai.. takkan dapat durian jika disemai benih rambutan.. ANDA BUAT, ANDA DAPAT! Kui3…

aku belajar sesuatu dari hidup hari ini.. bahawa pada setiap saat dan ketika, akan ada orang yang sedang mengingatimu dan akan ada yang sedang melupakanmu... aku sendiri begitu.. mengingati dan melupai..resam kita insan biasa..takkan ingatan kekal selamanya.. pada yang sedang mengingatiku, HATI ini berterima kasih..walau pada setiap alasan ntuk mereka mengingatiku…hatta mengingati untuk membenci.. HATI ini jua memohon keampunan..khilaf aku seorang manusia hina..tp sekurang-kurangnya aku tak dilupakan.. menjadi orang yang dilupakan, perkara terakhir dariku walau selepas matiku.. tapi begitu sejarah hidup kita zaman berzaman..menjadi sesuatu yang diingati dan kemudian dilupai..pada yang mengingatiku untuk HUTANG, apa-apa jua jenis hutang, segera datang padaku..sedaya upaya akan kulunaskan..

hm..hidup ni indah..dan sesuatu yang indah selalunya bersifat sementara…sebentar cuma…dan tak akan kekal selamanya..aku juga masih percaya itu..

andai kasturi hilang harum,
mawar tak berkuntum,
cinta tak bersambung..
biar emas setinggi gunung,
kan kupeluk rimbun ampun,
rahmat yang maha Agung..

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Tuesday, September 29, 2009



Enrique Iglesias : Tired Of Being Sorry Lyrics
Songwriters: Thomas, Scott

I don't know why
You want to follow me tonight
When the rest of the world
With whom I've crossed and I've quarreled

Let's me down so
For a thousand reasons that I know
To share forever the unrest
With all the demons I possess
Beneath the silver moon

Maybe you were right
But baby I was lonely
I don't want to fight
I'm tired of being sorry

8th and Ocean drive
With all the vampires and their brides
We're all bloodless and blind
And longing for a life
Beyond the silver moon

Maybe you were right
But baby I was lonely
I don't want to fight
I'm tired of being sorry

I'm standing in the street
Crying out for you
No one sees me
But the silver moon

So far away, so outer space
I've trashed myself, I've lost my way
I've got to get to you

Maybe you were right
But baby I was lonely
I don't want to fight
I'm tired of being sorry

I'm standing in the street
Crying out for you
No one sees me
But the silver moon



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, August 14, 2009


Taylor Swift - Teardrops On My Guitar

Drew looks at me,
I fake a smile so he won’t see
That I want and I need
everything that we should be
I’ll bet she’s beautiful,
that girl he talks about
And she’s got everything
that I have to live without

Drew talks to me,
I laugh cause it’s just so funny
That I can’t even see
anyone when he’s with me
He says he’s so in love,
he’s finally got it right,
I wonder if he knows
he’s all I think about at night

[Chorus:]

He’s the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He’s the song in the car
I keep singing, don’t know why I do

Drew walks by me,
can he tell that I can’t breathe?
And there he goes, so perfectly,
The kind of flawless I wish I could be
She’d better hold him tight,
give him all her love
Look in those beautiful eyes
and know she’s lucky cause

He’s the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He’s the song in the car
I keep singing, don’t know why I do

So I drive home alone,
as I turn out the light
I’ll put his picture down
and maybe get some sleep tonight

He’s the reason for the teardrops on my guitar
The only one who’s got enough of me to break my heart
He’s the song in the car
I keep singing, don’t know why I do
He’s the time taken up,
but there’s never enough
And he’s all that I need to fall into..

Drew looks at me,
I fake a smile so he won’t see...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, July 10, 2009

MATAHARI

...
ALHAMDULILLAH.. syukran ya Allah…
atas nikmat yg engkau berikan.
agak terlambat ntuk aku perkatakn di sini, tp perlu rasanya.

Hm..Wut a wonderful life..after 6 months of disaster..
Bkn skjp hati, lama..cukup lama bagi aku..
dalam nyata aku hilang..
sungguh..aku sesat dalam terang..
alhamdulillah..terbukti sudah..
I’m not dat good!
I’m not dat smart!!
I’m not dat great!!!
Ah..betapa seksa kau hati..aku mengerti,pasti.
Kita tahu apa kita rasa.
Jangan lagi beri aku rasa ini..tak mampu lagi aku menanggungnya..
Andai diberi dua jalan, aku memilih yang kiri dari yang kanan..
Andai jalan itu mati, aku memilih keji dari puji..
Berat rasanya menanggung rasa syaitan ini
Tidak ingin aku memegangnya walau sepicing!
Jangan biarkan mereka menjengah hatiku
meski untuk seketika, sesaat cuma.

Takut sungguh engkau hati pada setiap puji..
aku sendiri, tidak menyukai puji seperti aku membenci keji.
Bagaimana harus aku mengawal riak tika dipuji sepertimana harus aku mengawal marah saat dikeji?
Aku tahu rasa hati aku sendiri..aku tak nafi
aku sedia maklum apa yang hati ini miliki
Aku tenang tanpa sebarang keji..
sungguh lagi tenang tanpa sebarang puji..

Dipuji dan dikeji..
kita tidak akan pernah dapat lari dari semua ini, hati..
Hanya cahaya dari engkau yang dapat membawa kita
menuju MATAHARI..
sinar itu disana..insyaallah..akan kita kejar bersama..

HIDUP INI INDAH! ~ aku percaya itu..

'Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah aku terhadap segala yang mereka perkatakan itu dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan'
~ Saidina Ali b. Abi Talib r.a

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MATAHARI




di ufuk timur..










Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku

Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya
Jua tak berwajah

Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam

Baru kutahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Membuka jalan selebar dunia


> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Tuesday, June 16, 2009

APA ERTINYA CINTA?

05/05/05...(02.33am)

Apa ertinya cinta,
Jika jiwa masih muda,
Belum mengenal hempedu,
Segala-gala bagimu madu…

Apa ertinya cinta,
Jika masih lagi nak berpura,
Hati muda sentiasa meronta,
Mencari kebebasan dalam jiwa,
Hingga terjebak dunia durjana…

Apa ertinya cinta,
Jika tak tahu nak hormati,
Kasih orang tak hargai,
Hingga hilang baru nak dicari…

Apa ertinya cinta,
Jika tiada tuntut pengorbanan,
Bukan segala semudah sangkaan,
Harus tabah hadapi cabaran,
Agar hidup sentiasa beriman…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CINTA, SAYANG dan RINDU...
bagi aku, semuanya hanya mainan di bibir. betapa mudah seseorg jatuh cinta dengan hanya kata 'aku cinta padamu'..betapa senang seseorg meluahkan sayang dengan hanya kata 'saya sayang awak'..dan betapa mudah seseorg melafazkn rindu dengan hanya kata 'rindu awak jugak'...

benar..CINTA, SAYANG dan RINDU itu ada..
wujud, kukuh dan utuh dalam tiap-tiap hati insani..
kata aku, CINTA boleh berubah..SAYANG boleh bertambah..RINDU boleh menjengah..apa nak diheran, andai hari ini seseorg dengan mudah berkata,'aku cinta padamu' dan berganti dengan 'aku benci padamu' pada hari esknya..bila kata CINTA, SAYANG dan RINDU hanya hiasan di bibir..

SO, wut does ur HEART for??!
bagi aku, jika CINTA, SAYANG dan RINDU hanya mainan di bibir..maka HATI hanya untuk PEDIH, SAKIT dan PERIT..percaya atau tidak, none of dem done by words!bibir yang pada mulanya dengan mudah melafaz cinta, tapi hati yang merasa sakitnya bila kecewa..lain maknanya bila bibir yang berkata,'saya sakit hati'..haha..bibir are helplez bila sakit di hati yg kita rasa..hanya sesekali mata yang memberi sokongan..menangis..menzahirkan apa yg hati rasa..

mungkin sebab itu la orang dulu-dulu kata, 'menangis tak berlagu'..haha..kelakar rasanya..bibir malahan tak mampu berbuat apa ketika hati kecewa..bibir yg pada awalnya dengan mudah menyerah, meluah kata CINTA, SAYANG dan RINDU..huh..pnjg sngguh mukaddimah teori A.M.I tentang bibir (mksudnya kata-kata la) dan hati ni..dats it..sekadar apa yg A.K.U rasa..haha..

hm..CINTA..apa ertinya CINTA..
entah..aku tahu..tapi, aku tak tahu..huh..apa la sangat yang aku tahu..yang aku tahu, erti cinta hanya satu(itu pn aku xtahu..hehe),tapi tafsirannya pelbagai..maap la,aku sendiri terkeliru..huhu..

so, its so easy beb..biarkan saja CINTA, SAYANG dan RINDU di penjuru kalbu..jgn digendang,jgn dipalu..jgn diusik,jgn diganggu..biarlah rasa yg datang bertamu..sampai masa,akan aku buka pintu,satu demi satu..
wah3..kemain..haha..xpe..ikut suka hati je nk ckp apa..sbg ingatan>>

Bahawasanya blog ini lebih sekadar tatapan kepada aku sendiri..Tentang apa sahaja yang aku fikirkan..Pengalaman aku..hidup aku..diri aku..Sesungguhnya..Andai aku tiada, hanya ini yang menjadi cerita..Andai aku hilang, hanya ini yang menjadi tulang..Andai aku pergi, hanya ini yang mampu diabadi..menjadi bukti bahawa dunia pernah punya A.M.I..Diharap semoga blog ini menjadi peringatan kepada aku..dan biarkan aku bebas disini!


> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Thursday, May 28, 2009

TINTA PENA

28/10/07...(16.44 pm)

Tinta di mata pena…
Ingin saja kuhamburkan jiwa,
Segala kata, segala rasa…
Namun betahkah kurungkai semula,
Tiap dosa, tiap noda?
Aku manusia durjana, insan hina…

Tiap kali aku disini,
Ingin mencoret kembali,
Aku tewas pada hati,
Yang memang tak pernah mati,
Tapi sering lupa pada janji ,
Alpa pada mimpi…

Biarlah…
Untuk yang kesekian kali,
Aku begini lagi,
Tunduk pada diri, hati dan mimpi,
Sehingga aku kembali pasti
Yang sinar itu masih disini,
Harapan masih menanti,
Suatu ketentuan Illahi….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wahai A.M.I..
apa yang kau harapkan, pada cinta-cinta insan,
apalah guna mengaku engkau bertuhankan Allah, berimamkan Rasulullah, bertunjangkan Al-Quran, berkiblatkan kaabah, berpandukan sunnah.. jika hati tiada beriman..

AKU akui AKU insan hina di mata Yang Kuasa..
AKU manusia kerdil pada pandangan Yang Esa..
apa yang ada pada AKU..
selain sekeping hati yang sering terkeliru..

tapi AKU juga sedar..
ALLAH sentiasa memandang hambanya dengan rasa kasih dan sayang..
bukankah ALLAH itu Ar-Rahman, Ar-Rahim?
ALLAH juga Al-Ghaffar..yang maha mengampuni setiap makhluknya selagi mana mereka ingin bertaubat..ingin kembali ke siratul mustaqim..
AKU bukan ustazah, bukan juga orang yang arif agama untuk berbicara lebih lanjut mengenai nama-nama ALLAH serta sifat2nya. ilmu yang ada terlalu cetek, iman yang brsinar terlalu malap, bahkan lebih kontang dari tanah-tanah yang merekah dilanda kemarau tanpa musim..hatta lebih tipis dari perumpamaan yang iman itu senipis kulit bawang..

AKU terkadang takut untuk memandang masa silam, mengimbau setiap kenangan..dalam manis ada pahit, dalam madu ada hempedu..AKU terima setiap satu..namun untuk menerima setiap langkah sonsang yang AKU tuju dulu, AKU menjadi takut..malah untuk mengenangnya juga AKU sudah tertunduk..malu pada hati..malu pada diri..

bukan sekali dua AKU melekakan ibadat, bukan sekali dua AKU melalaikan yang sunat, bukan sekali dua AKU terlajak cakap, bukan sekali dua AKU terlanjur biadap... bukan sekali-dua..banyak kali..malah,berkali-kali!

AKU ingin melakarkan yang manis untuk kenangan yang bisa membuat AKU kembali senyum, AKU ingin meluahkan yang pahit untuk dijadikan panduan di saat AKU celaru..namun AKU masih di sini! masih di jalan ini..jalan yang tidak membawa AKU ke mana-mana..ke kiri tidak, ke kanan juga tidak!di jalan yang lurus?apa AKU pasti ini jalan yang lurus??jalan yang akan membawa kebahagiaan?jalan yang akan memberi AKU ketenangan??tidak..AKU tidak pasti..malah,jauh sekali AKU tidak tahu!

ah..jangan nafikan HATI, engkau sebenarnya takut..takut pada pilihan yang seharusnya engkau buat..hah..memang engkau HATI yang sering terkeliru..ha3..hai HATI, hanya ada dua jalan, kiri atau kanan..hanya ada dua jawapan, ya atau tidak..dan hanya ada dua penyelesaian, now or never!kelakar rasanya, aku tewas pada dua pilihan ini..Is dat so hard to make up your mind? Camon ya, its your own mind! But dats it! aku T.A.K.U.T!!sape kate aku brani?A.M.I??huh..bdk xmkn saman tu mmg xtahu..aku H.A.T.I, aku berani kerana aku takut, aku gagah kerana aku lemah, aku suka kerana aku lara..perit yang mengajar aku untuk bangkit..tapi pada hakikatnya, aku takut, aku lemah, dan aku lara!

cukuplah..tiada guna AKU terus berperang dengan HATI, biarkan dia sendiri..hingga HATI kembali pasti dengan pilihannya..aku A.M.I..AKU percaya pada HATI..pada naluri..yang telah membawa AKU ke mari..ke jalan di mana AKU mencari-cari diri..org putih kata instinct..ha3..hm..pple say dat i'm changed, but i think, i juz found mysef..

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Thursday, May 21, 2009

GADIS TASIK..sempena birthday A.K.U

21/08/05...(01.17am)

Indah tasik petang itu,
dirona merah warna sang senja,
jernih air, pancaran tenang si gadis,
setia..namun gelodak hati, siapa yang tahu?
Sayu merenung kejauhan di ufuk timur,
seakan mengharap senjakan segera melabuhkan tirainya,
biarlah indah siang diganti malam.

Ah…malam.
Sering hadirmu diragui bukan?
Mereka tidak bisa mengerti,
lahiriah di sebalik pekatnya malam.
Sedang malam lagikan indah berteman bulan,
diseri kerdipan bintang
dan sinar cahaya itu masih mampu menyerlah,
biar dikepung sesak, pekatnya malam.

Lalu, bisakah gadis itu begitu,
tetap utuh pendirian yang satu,
walau diserang sangsi dan ragu?
Nah, mesti dicuba selagi terdaya!
Terukir lalu senyum si gadis,
dan…disebalik pantulan jernih air,
aku sedari..gadis itu,
adalah A.K.U!

>wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah<

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, May 15, 2009

SEMPENA HARI GURU...'CIKGU'

~ saya bakal guru malaysia!!..insyaallah..selagi diizinkn tuhan meneruskan niat dan hajat yang menggunung tinggi ini

GURU 0 GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sajak ini tentunya amat bermakna kepada setiap insan yang bergelar guru..
guru..cikgu..
insan yang membentuk aku pada hari ini..

terima kasih cikgu..
untuk setiap ajaran..
setiap kenangan..
dan setiap pengalaman..
yang sudi diajar walau tahu xmungkin dibalas..

setiap jasamu insyaallah
akan selalu aku ingat,
akan selalu aku pahat,
akan selalu aku angkat...
menjadi penunjuk di masa aku gawat...

bukan sekejap aku di bangku sekolah..11 tahun..

6 tahun di SRK HAMZAH (2)
3 tahun di MRSM PASIR SALAK
2 tahun di MRSM PENGKALAN CHEPA

lama..cukup lama untuk membentuk aku menjadi aku..
menjadi A.M.I pada hari ini..
tapi xsekalipun aku berani menjejakkan kaki ke sekolah lama aku..
kenapa..malu?mungkin..aku bukan sesiapa..bukan seorang yang seharusnya dikenali atau diingati..oleh sesiapa sahaja..rakan-rakan sekolah..cikgu-cikgu...hatta makcik-makcik cleaner..haha..biarlah aku begini sehingga aku pasti yang aku telah menjadi seseorang..kembali dengan sesuatu di tangan..tidak aku peduli masa yang perlu aku ambil..10 thn..20 thn..hingga smpai bila2 pn..insyaallah..selagi ada hayat aku dikandung badan..akan aku capai apa yang aku inginkan..akan aku gapai apa yang aku impikan..

bukan semua semudah sangkaan..
bukan semua seindah harapan..
aku terima segalanya..
alhamdulillah..

>wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah<

Saturday, May 9, 2009

sempena hari ibu...

~ sekadar untuk renungan dan peringatan kepada aku,
ibu... insan yang seharusnya aku cinta, aku kasih dan aku sayang...


Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata:

"Makanlah nak... ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata:

"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata: "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata:

"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata:

"Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata:

"Saya tidak perlukan cinta... saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata:

"Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata:

"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:

"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, "Ibu,saya sayangkan ibu." Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


~ aku pernah mendengar cerita ini dahulu. lama dahulu.. namun aku sendiri tak pasti sama ada aku mengalirkan air mata ketika itu. sedikit yakin aku pasti, untuk yang kesekian kalinya juga aku masih mengalirkan air mata.
aku tewas pada pembohongan yang kelapan..

dengan sebak di dada, aku kembali mengharapkan sesuatu yang indah di masa hadapan.
semoga apa yang menjadi impianku termakbul ya allah..
kembali bersatu bersama ibu...
memang bukan senang, namun bukan juga mustahil..

aku sekali lagi berhenti di sini..
dengan rasa dalam hati..
yang aku sendiri tak pasti..

>wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah<

Sunday, March 29, 2009

SUARA YANG MERINDU...

28/07/05...(00.22AM)

Engkaukah itu suara yag merindu,
memberi siulan merdu,
dan nyayian lagu sendu?
Ah..aku maklumi bahasamu,
nada yang hanya aku dan engkau yang tahu...

Diriku dan dirimu sama,
merindu pada yang tiada,
meskipun hidup kita biasa,
kita tahu saatnya menjelma…

Dan apabila sesekali ia tiba,
kita lupa seketika…
menanti ia menjelma semula,
sedang kita tahu ia tidak bisa!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SOMEBDODY'S ME - ENRIQUE IGLASIAS

You, do you remember me?
Like I remember you?
Do you spend your life
Going back in your mind to that time?
Because I, I walk the streets alone
I hate being on my own
And everyone can see that I really fell
And I'm going through hell
Thinking about you with somebody else

[CHORUS]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes that one day you will see
That Somebody's Me [2x]

How, How could we go wrong
It was so good and now it's gone
And I pray at night that our paths will soon cross
And what we had isn't lost
Cause you're always right here in my thoughts

[Chorus]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes that someday you will see
That Somebody's Me

You'll always be in my life
Even if I'm not in your life
Because you're in my memory
You, when you remember me
And before you set me free
Oh listen please

[Chorus]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes that someday you will see
That Somebody's Me [5x]

.....................................................................................

Lukisan kehilangan warnanya,
tulisan kehilangan katanya,
air di ladang beku,
angin di lembah kaku.
Namun tiada apa yang hilang,
kenanganku bersamamu...

>wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah<

KASIH IBU...

29/01/08...(21.15 pm)

Kasih ibu…
siapa perlu?
siapa mahu?
Kasih ibu...
semua perlu,
semua pun mahu..

Kemana hilangnya kasih ibu
yang dulu mesra memangku daku,
mengucup lembut pipiku,
dan membelai halus rambutku?
aku rindu pada kemesraan kasih ibu…

Betahkah ibu melihat aku
di jalan kesesatan?
tegarkah ibu membiarkan aku
kelemasan di pintu kehinaan?

Hulurkan kembali tanganmu ibu,
biar sempat aku gapai…
Pimpin kembali aku ibu,
moga aku abadi di jalan kebenaran,
berteman nur kasih
dan sayangmu ibu…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sajak ini terlahir begitu saja..
sampai di sini aku hilang kata-kata
maka baiknya aku pendam saja
mungkin ibu akan mengerti,
mungkin juga akan terus begini
ambilllah..
terimalah..

sungguh..
sampai disini xmampu aku berkata-kata
maka baiknya aku diam saja
kerana hanya aku yang tahu
kerana hanya aku yang faham..

aku berhenti di sini...
dengan rasa dalam hati..
yang aku sendiri tak pasti.

...

>wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah<

Thursday, March 19, 2009

HAMPARAN KATA , LEDAKAN RASA...

21/07/05...(15.20 am)

cahaya yang berkilau dari arah itu,
angin yang bertiup dari arah itu,
hujan yang mendatang dari arah itu..

semua galaknya membawa makna sama!

ah..mereka tidak bisa merasa
selain hanya memberi siulan
di sebalik gelap, pekatnya malam...

haruskah aku luahkan,
sedang mereka tidak bisa mengerti
lahiriah kata-kata hamparan,
yang membawa erti bertulang mimpi!

lalu segera aku sedari,
tegakkan dulu cita hatimu!
hingga detik memberi warna,
ledakan kata setiap rasa!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sajak ini aku karang pada 2005..f3..
baru aku sedar, betapa tahun itu memberi sejuta warna..
banyak perkara yang terjadi, maka banyaklah sajak-sajak yg aku sambut kelahiran mereka pada tahun itu..

hari itu, hari khamis..
sedang rakan-rakan sibuk menyiapkan kerja rumah yang bertimbun, aku terleka sendiri.
menatap kitab hijau bersama pena di tangan..menulis apa yang aku rasa..apa yang aku pendam, apa yang aku tahan..
aku kesal dengan sikap manusia-manusia yang tidak memahami..manusia-manusia yang jelek..manusia-manusia yang bertopeng..depan kita bermulut manis, belakang bagai hantu saja lagaknya..
susah benar gamaknya menerima aku seadanya..
aku ingin bebas! aku ingin lepas!!
satu yang aku luahkan pada hari itu,
jangan pernah cuba dekat jika niat ingin rapat..
pun engkau adam masih cuba berlagak malaikat!

mungkin kerana aku jenis yang diam..aku jenis yang pendam..aku jenis yang xlawan..

tapi maaf kawan..itu dulu..

aku ingin menjadi seadanya aku..
pun masih ada yang rawan..pun masih ada yang xfaham..pun masih ada yang perlu aku tahan..
tak apa-apa..aku sabar..menjadi begini aku redha..
terima sajalah..pasti ada hikmah di sebalik sesuatu..

demi hidup yang indah..
demi hati yang riang..
demi dada yang lapang..
demi jiwa yang tenang..

aku terima..aku redha..aku sabar..aku tahan..
ya..tidak apa-apala jika mereka tidak mengerti..jika mereka ingin membenci..
aku terima sebagai kekurangan diri..
sedang kita manusia sediri dilahirkan berbagai-bagai sifatnya...berbagai-bagai lagaknya..apatah lagi adam dan hawa yang bagai awan dan pantai..
sampai di sini aku yakin, aku tekad, aku nekad.. terima saja..

kerana aku sedar.. sifatnya manusia memang berbeda..
fitrahnya manusia saling memperlu..

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah <

Sunday, March 1, 2009

CINTA?!

05/05/05...(16.25)

Cinta itu apa?
Ah..sukar dimengertikan.
Sedang manusia cintanya buta,
Tidak mengira usia, tidak mengira harta.
Sedang manusia cintanya gila,
Mandi tak basah, tidur tak lena..
Sedang manusia cintanya alpa,
Tidak mengira adat, tidak mengira agama…

Lalu, cinta itu apa?
Tunggu…simpan saja cintamu di dasar hati,
Belum masanya gerbang itu kaulewati,
Kerana kunci belum juga kautemui,
Atau memang masih menusuknya duri?

Maka, cinta itu apa?
Biar…biar saja cinta yang melewatiku,
Biar kuncinya membuka pintu,
Tetapi aku masih disini,
Tidak aku tercari-cari,
Kerana ia ketentuan Illahi!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sajak ni terlahir waktu aku form 3..asenye wktu ngah bz2 exam kot...
aku pn xtau la mcm mane bleh trciptanya sajak ni wktu tu..tp ikut ajela hati..

hmm..CINTA..cinta itu apa..
kerana soalan inilah sajak ini terzahir,
kerana soalan inilah sajak ini terlahir..dari aku..

btul..CINTA..sape yang xnak..
sedangkan aku sendiri terlahir dari cinta antara dua hati..
yg mungkin tak lagi menyatu..tapi sekurang-kurangnya pernah terkesan abadi..
dan aku bersyukur ke hadrat Illahi.. segala ketentuanmu..

namun aku mohon pada mu ya Allah..engkau tetapkanlah hatiku pada-Mu yang satu..engkau tutuplah, kuncilah pintu hatiku ya Allah..jauhkanlah aku dari sebarang penyakit manusia ini selagi belum masanya ya Allah.. selagi belum bersedia diri, hati dan jiwa.. selagi belum tercapai apa yang aku inginkan..selagi belum tergapai apa yang aku impikan.. aku tahu, aku sedar..ini lumrah dunia..fitrah alam.. kebiasaan bagi manusia yang punya akal, hati dan perasaan..aku juga..namun biarlah sehingga sempurna segalanya ya Allah.. sehingga sempurna cinta pada yang hak.. meski berdekad..meski berzaman..engkau bukakanlah pintu hatiku hanya pada mu ya Allah...

bukan aku berlagak baik, tapi jauh di sudut hati yang terdalam, walaupun sekelumit..aku ingin menjadi yang terbaik.. untuk mu ya Rabb, untuk diri sendiri, untuk manusia sekeliling..dan aku percaya, hatta sejahat-jahat makhluk Allah sekalipun, cahaya kebaikan tetap bersinar di jiwa terpendam, biar kelam, biar hitam.. selagi terdaya jiwa, selama termampu hati, biarkanlah aku begini..sampai bila, aku pasrah..aku redha.. hanya engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu.. bukan aku menolak, tapi aku tak mampu ya Allah.. hati ini tidak kuat.. diri ini terlalu lemah.. jiwa ini sering patah.. apalah yang ada pada aku.. selain nyalaan kilauan hati yang sering aku pendam.. apalah yang tinggal pada aku.. selain kesan-kesan sejarah hitam yang ingin benar aku padam..

CINTA..bisa membahagiakan..bisa menghancurkan..
bisa memberi tawa, bisa memberi duka,
bisa membawa syurga, bisa membawa neraka...
aku pasrah akan ketentuanmu..
apa yang datang akan aku jelang..
apa yang pulang akan aku kenang..

ini bukan apa, hanya kata..
ini bukan cinta, hanya rasa,
ini bukan sajak, hanya cerita...

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah <

Thursday, February 19, 2009

KAWAN,TEMAN,SAHABAT

08/09/08...(17.59)

Kawan..teman..sahabat…

Aku bangga punya kalian dalam hidupku..

Sungguh..aku bangga..

Aku bahagia melihat kalian berjaya di mataku..

Melihat kalian semakin jauh meninggalkanku..

setapak demi setapak..


Aku sedih..namun aku gembira..

Takdir aku disini..

tidak menemukan kita di jalan yang sama..

Namun aku tahu kalian ada..

Kalian yang sentiasa ada dihatiku..


Biarkan aku sendiri untuk waktu ini..

Mencari kembali di mana letaknya diriku di mata kalian??

Sungguh..aku tidak pasti..

malah jauh sekali aku tidak tahu..


Aku dan diriku kembali lagi..

Kerana tidak akan sekali-kali aku menanam mati diriku sendiri..

Mungkin juga takdir aku begini..

dan moganya ini yang terbaik untukku..

Kerana sesungguhnya DIA maha mengetahui..

segala yang di langit dan dibumi…


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hm..kawan,teman,sahabat..
jgn tanya aku apa beza antara mereka..kerana aku sendiri tak pasti..
mungkin kawan bermaksud sekadar panggilan di bibir shj yang menyatakan bahawa kita kenal seseorng itu..
"Isma? Oh, sy kenal. Dia kawan sy dulu".
Teman? hm.. mungkin menyatakan bahawa kita ada kaitan yang lebih dekat dgn mereka sehari2.. teman sebilik..konteks yg sama sprti kawan,tp kita mengenali org itu scr lbh dkt..
dan sahabat... pada aku sorg yg mampu memahami kita dlm setiap keadaan.. saling mengenali dan memahami.. saling memberi dan menerima..

xkisah lah ap2pon takrifannya, tapi yang pastinya kawan, teman, dan sahabat... semuanya pernah hadir dalam hidup aku..yang mencorakkan setiap perjalanan hidup aku sehingga ke hari ini.
pernah terlintas di hati aku, apa pernah aku punya kawan, teman, sahabat yg rapat? entah..tak dapat aku jawab soalan aku sendiri..
meski ingin skali aku yakinkn hati untuk berkata 'ya' kpd soalan ini,aku xmampu..
aku tak mampu ntuk menipu diri sendiri..
hati aku lebih senang ntuk menjawab 'tidak'..
kerana hati aku sgt takut ntuk pernah punya mereka yg rapat..

maka senangnya aku begini..meski dari zahir...
dan ntuk kawan, teman, dan sahabat yang pernah hadir dlm hidup aku, terima kasih ntuk setiap kenangan yg tercipta..setiap yg manis malah yg pahit.. yg menjadikan aku seadanya aku di hari ini. sungguh.. aku bangga punya kalian. moga kejayaan menanti kalian di hari muka..
dan moga kita dipanjangkan umur untuk terus berhubungan.

setiap yg tersurat pasti ada yang tersirat..
terimalah diri.. dengan hati yg redha, minda yg terbuka,
dada yg lapang dan jiwa yg tenang...

> walluahalam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Tuesday, February 17, 2009

AKU DAN WAKTU

23/01/08...(2.32 am)

Aku kadang berundur
dalam bayang waktu
kupanggil sejarah...
sering aku tergugat pada
tiap kata menghiris, luka...
pada tiap caci terpalit, perit...
pada tiap maki berdarah, parah...

Aku kadang berlari
dalam ruangan masa
kupanggil angan...
sering aku terbuai
bersama cita tinggi, melangit...
bersama mimpi indah, membelai...

Dan terkadang bilamana
aku berdiri gagah tegak di bumi,
aku sedar aku masih merangkak
dalam detik berputar, laju...
dalam saat bergerak, pantas...
aku khilaf...
akui diri insan tak punya,
manusia biasa,
hina rupa, harta dan nama...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sajak ini aku karang ketika hati aku sgt tersentuh dgn setiap kngn, memikirkan betapa kngn itu menjadikan siapa aku pada hari ini.. dan betapa hari ini bakal mencorakkan aku pada hari muka..

setiap kenangan yg kuanggap sejarah ini tidak harus hanya tinggal sejarah tanpa perlu aku belek.. aku sedar, sejarah perlu diimbas, diingat dan dijadikan pengajaran..kerana 'those who cannot remember the past will condemn to repeat it..'

namun terkadang dlm sejarah aku hanyut merentasi masa dan takdir, meramalkn ketentuan aku di masa belum wujud.. setiap yg indah, setiap yg bahagia.. ah..aku juga manusia biasa..

makanya di waktu aku berpijak nyata di bumi ini, aku bertindak mencatur setiap langkah..agar tdk sumbang di pandangan mata org.. agar tdk songsang di kemudian aku jelang.. kerana aku ini hanya manusia lemah.. insan hina yg bisa saja menjadikan hari ini kembali menjadi sejarah yg masih perlu aku ulang... wallahualam...

> walluahalam..semoga menjadi pengajaran buatku.. insyaallah.. <

Thursday, February 12, 2009

Sajak Celaru AMI Bersama HATI

12/02/09..(4.32 pm)

Sajak paling celaru pernah aku karang,
lahir entah dari hati mana yang bilang
dalam kelu, dalam keliru
aku terus beradu bersama pilu,
maka terkaranglah sajak paling celaru...

sajak ini ditujukan
pada mata-mata yang rakus melihat,
pada telinga-telinga yang ganas mendengar,
pada jiwa-jiwa yang kosong merasa..

namun kemudian bertanya aku pada HATI,
adakah mereka mampu mengerti?
sedangkan mereka sering datang
dengan teori serba gila!
aku tak mungkin percaya
dengan apa yang mereka lihat,
dengan apa yang mereka dengar,
dengan apa yang mereka rasa..
lalu HATI,harus kita memberi mereka sajak ini?

tak usah AMI...
sajak ini biar saja pada kita,
biar kita yang melihat,
biar kita yang mendengar,
biar kita yang merasa..

sajak celaru ini begini saja,
seperti yang selalu-selalu kita karang,
meski kacau, tapi kita tidak walang
waras kita masih mampu bertahan
kerana engkau AMI,
punya aku, Sang HATI yang sepi..
entahkan suci entahkan mati..
entahkah benci engkau Ami
pada aku Sang HATI yang sepi..

tapi kita tetap begini,
tetap satu dan saling punyai
dan sajak paling celaru ini
tiba-tiba saja menjadi
sajak paling panjang pernah kita karang

Dan kita tak berhenti disini,
hingga sampai bila aku sendiri tak pasti.
mungkin hingga menjadi buta mata-mata yang rakus melihat,
menjadi pekak telinga-telinga yang ganas mendengar,
menjadi lohong jiwa-jiwa yang kosong merasa...

tapi mungkin saja masa itu tidak akan pernah tiba,
kerana kita hidup
bersama alam yang ganas
dan manusia yang buas..
yang bisa saja merobek tiap hati yang sepi
dengan rasa tiada puas..

aku lelah untuk berhenti disini
sungguh..bersama Sang HATI yang sepi,
sajak paling celaru ini menjadi sajak
paling panjang pernah aku karang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sajak ini sajak paling terbaru aku karang.menjadi sajak pertama muncul dalam blog ni.. sungguh..sajak aku bersama hati..
HATI...jangan pernah engkau mati.. mati engkau mari diri, mati engkau mati AMI...
sedang kita perlu hidup..atau dipaksa hidup..
hati suci??
aha..tergelak aku sendirian..mana mungkin engkau suci hati..
sedang engkau raja segala iri, segala benci, segala duri..
tapi kita begini saja HATI..tetap satu dan saling punyai..
dan aku akui itu..
kerana hanya engkau HATI yang bisa mengerti aku AMI..
engkau juga hati menjadi medan kita berkelahi,
berjuang mati demi diri..
engkau faham ini?huhu..aku sendiri tidak!
dan memori AMI bersama HATI
akan tetap terlakar,
terpahat abadi..
kerana hanya kita tahu
apa beza kita dengan dunia sekelian alam...

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <