CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 28, 2009

HIDUP INI KLISE?!

Adakah adat dunia, bila lelaki yg selalu silap,
pmpuan yg kna betulkn?
Adakah adat dunia, bila lelaki minta maaf,
dan perempuan mesti maafkan?
Adakah adat dunia, bila lelaki yg malu,
pmpuan yg kena tampil berani?
Adakah adat dunia, bila lelaki jatuh,
pmpuan yang kena bangunkan?
Bukankah kita ini adam dan hawa?
Saling memahami? Saling memerlukan?
Kenapa tidak kita juga saling memberi?
Dan tidak hanya terusan menerima?

Otak kita ada akal, dan hati ini hanya satu..
Kenapa tidak digunakan akal yg dikurniakan?
Dan kenapa tidak dimanfaatkn hati yang cuma satu adanya?
Bukan sekali dua bermain-main di fikiran aku..
Ah..lelaki memang begitu, dan perempuan memang begini..
Agar kita saling melengkapi..

Bagaimana dunia..
Jika lelaki begitu, perempuan juga begitu..
Jika lelaki begini..perempuan juga begini…
Ha..aku sendiri maklum hal itu..
Tapi kadang2 semangat ratu
Tanah serendah sekebun bunga ini timbul..
Bilamana perempuan yang lemah, terpaksa berlagak kuat
Dek kerana lelaki yang kuat, pura-pura lemah..

Sedarlah hai adam..
Apalah sangat kudrat hawa yang azalinya lemah..
Jangan pernah percaya andai mereka berkata,
“Kami juga sekuat lelaki!”
Alahai..kita sedia maklum..dan semua orang tahu
Di alam nyata mahupun dalam setiap cerita,
Mana mungkin heroin mengalahkan hero??

Perempuan kata : “Ah, lelaki semua sama saja!”
Lelaki kata : “ Ah, perempuan semua sama saja!”
Hakikatnya : Memang.. memang lelaki dan perempuan sama saja!
Kita semua sama saja.
Janganlah perempuan berlaku sombong
hanya kerana syurga berada di telapak kaki kita
Janganlah lelaki berlagak angkuh
hanya kerana hak talak berada di tangan mereka

“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di belakangnya..”
Hm?
Maaf…itu dulu.
Sekarang, aku lebih setuju dengan ini :-
“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di sebelahnya.”
Lebih harmoni bukan?
Saling memberi dan saling berkongsi..
Fitrah kita saling melengkapi.

SUBHANALLAH
Maha Suci ALLAH
Yang menciptakan kita manusia berpasang-pasangan adanya
Melahirkan HAWA dari tulang rusuk kiri ADAM
Dekat dengan hati yang lemah
Untuk dilindungi dan dikasihi…

Benar..hidup ini mungkin klise..
Kerana orang-orang yang hidup itu juga sesuatu yang klise..
Tak akan ada lagi yang lain..
Selain kita manusia adam dan hawa..
Belajarlah sesuatu dari klise itu..

"Kadangkala, kita tak perlukan yang terbaik untuk menjadikan kita berjaya,
cukup sekadar yang termampu menjadikan kita seorang yang sempurna.."

Dan, sesempurna manapun seseorang itu,
Tidak mungkin akan dapat memuaskan hati semua orang.
Ambillah..terimalah..
Tak tinggi kita dek puji,
Tak mati kita dek keji..
INSYALLAH

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 comments:

Anonymous said...

sejauh mna kaum adam beri kesan pd kaum hawa? apa yg dhrpkn drp kaum adam? memberi & menerima? tak semua org sedar bila dia patut memberi. tak semua orang jugak sedar yang dia hanya mahu menerima shj tanpa memberi. “Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Surah Al-Baqarah : 284)

misz aisya said...

best enrty ni..follow u k.
(tp tu tak bermakna awk kne follow kite balik)