CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 28, 2009

HIDUP INI KLISE?!

Adakah adat dunia, bila lelaki yg selalu silap,
pmpuan yg kna betulkn?
Adakah adat dunia, bila lelaki minta maaf,
dan perempuan mesti maafkan?
Adakah adat dunia, bila lelaki yg malu,
pmpuan yg kena tampil berani?
Adakah adat dunia, bila lelaki jatuh,
pmpuan yang kena bangunkan?
Bukankah kita ini adam dan hawa?
Saling memahami? Saling memerlukan?
Kenapa tidak kita juga saling memberi?
Dan tidak hanya terusan menerima?

Otak kita ada akal, dan hati ini hanya satu..
Kenapa tidak digunakan akal yg dikurniakan?
Dan kenapa tidak dimanfaatkn hati yang cuma satu adanya?
Bukan sekali dua bermain-main di fikiran aku..
Ah..lelaki memang begitu, dan perempuan memang begini..
Agar kita saling melengkapi..

Bagaimana dunia..
Jika lelaki begitu, perempuan juga begitu..
Jika lelaki begini..perempuan juga begini…
Ha..aku sendiri maklum hal itu..
Tapi kadang2 semangat ratu
Tanah serendah sekebun bunga ini timbul..
Bilamana perempuan yang lemah, terpaksa berlagak kuat
Dek kerana lelaki yang kuat, pura-pura lemah..

Sedarlah hai adam..
Apalah sangat kudrat hawa yang azalinya lemah..
Jangan pernah percaya andai mereka berkata,
“Kami juga sekuat lelaki!”
Alahai..kita sedia maklum..dan semua orang tahu
Di alam nyata mahupun dalam setiap cerita,
Mana mungkin heroin mengalahkan hero??

Perempuan kata : “Ah, lelaki semua sama saja!”
Lelaki kata : “ Ah, perempuan semua sama saja!”
Hakikatnya : Memang.. memang lelaki dan perempuan sama saja!
Kita semua sama saja.
Janganlah perempuan berlaku sombong
hanya kerana syurga berada di telapak kaki kita
Janganlah lelaki berlagak angkuh
hanya kerana hak talak berada di tangan mereka

“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di belakangnya..”
Hm?
Maaf…itu dulu.
Sekarang, aku lebih setuju dengan ini :-
“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di sebelahnya.”
Lebih harmoni bukan?
Saling memberi dan saling berkongsi..
Fitrah kita saling melengkapi.

SUBHANALLAH
Maha Suci ALLAH
Yang menciptakan kita manusia berpasang-pasangan adanya
Melahirkan HAWA dari tulang rusuk kiri ADAM
Dekat dengan hati yang lemah
Untuk dilindungi dan dikasihi…

Benar..hidup ini mungkin klise..
Kerana orang-orang yang hidup itu juga sesuatu yang klise..
Tak akan ada lagi yang lain..
Selain kita manusia adam dan hawa..
Belajarlah sesuatu dari klise itu..

"Kadangkala, kita tak perlukan yang terbaik untuk menjadikan kita berjaya,
cukup sekadar yang termampu menjadikan kita seorang yang sempurna.."

Dan, sesempurna manapun seseorang itu,
Tidak mungkin akan dapat memuaskan hati semua orang.
Ambillah..terimalah..
Tak tinggi kita dek puji,
Tak mati kita dek keji..
INSYALLAH

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, October 19, 2009

HIDUP INI INDAH?!

18/07/09...(16.00 pm)

Hidup ini indah!
Namun terkadang aku kalah…
Bilamana jiwa ini dilanda resah.
Aku tidak betah
namun aku tahu aku harus pasrah.
Biarkan segalanya datang menjengah
dan aku tahu aku perlu mengimbau sejarah.

Satu-satu yang pergi,
Satu-satu yang kembali…
Jalan yang mana aku lalui?
Yang lurus, yang kanan, atau yang kiri?
Ah…aku tetap saja disini.
Masih mencari-cari diri..

Hidup ini indah!
Sungguh…aku percaya itu.
Tanpa hidup kita mati.
Makanya aku terus gagahkan hati.
Aku percaya adanya hikmah di setiap yang terjadi
dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku masih percaya bahawa hidup ini indah… terima kasih untuk itu..

pada setiap nafas yang aku hela.. pada setiap udara yang aku hirup.. pada setiap kalimah yang aku lafaz.. pada setiap detak jantung kuberdegup dan pada setiap titik darah ditubuhku mengalir.. tidak pernah sekalipun aku menidakkan pernyataan yang aku pegang..

tiap kali bilamana terasa perasaan hitam membelenggu, HATI akan berkata pada aku: ‘tak apa-apa AMI, hidup itu memang begitu’.. aku terima..terasa lapang di dada.. tiap kali bilamana terasa dunia ini gelap, HATI akan berkata pada aku: ‘tak apa-apa AMI, hidup ini memang begini’..aku mengangguk..dan aku tersenyum..

hm..betul..hidup akan sentiasa begitu dan begini..aku tidak mungkin akan dapat lari..yang jadi penentu, cara aku berhadapan dengan begitu dan begini hidup.. apa yang nak dikisahkan.. kehidupan itu sendiri adalah satu perjalanan yang jauh.. apa yang disemai, itulah yang akan dituai.. takkan dapat durian jika disemai benih rambutan.. ANDA BUAT, ANDA DAPAT! Kui3…

aku belajar sesuatu dari hidup hari ini.. bahawa pada setiap saat dan ketika, akan ada orang yang sedang mengingatimu dan akan ada yang sedang melupakanmu... aku sendiri begitu.. mengingati dan melupai..resam kita insan biasa..takkan ingatan kekal selamanya.. pada yang sedang mengingatiku, HATI ini berterima kasih..walau pada setiap alasan ntuk mereka mengingatiku…hatta mengingati untuk membenci.. HATI ini jua memohon keampunan..khilaf aku seorang manusia hina..tp sekurang-kurangnya aku tak dilupakan.. menjadi orang yang dilupakan, perkara terakhir dariku walau selepas matiku.. tapi begitu sejarah hidup kita zaman berzaman..menjadi sesuatu yang diingati dan kemudian dilupai..pada yang mengingatiku untuk HUTANG, apa-apa jua jenis hutang, segera datang padaku..sedaya upaya akan kulunaskan..

hm..hidup ni indah..dan sesuatu yang indah selalunya bersifat sementara…sebentar cuma…dan tak akan kekal selamanya..aku juga masih percaya itu..

andai kasturi hilang harum,
mawar tak berkuntum,
cinta tak bersambung..
biar emas setinggi gunung,
kan kupeluk rimbun ampun,
rahmat yang maha Agung..

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <