CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 6, 2010

SALAM.

...
Salam untuk hari yang...kosong?
Apa mesti hari ini seperti hari-hari lain?
Tidak kelam, tidak terang.
Tidak suram, tidak riang.
Tidak muram, tidak girang.
Tiada apa-apa..serasa kosong jua.
Tiada daya memaknakan hari.
Kenapakah? Mengapakah?
Mungkinlah dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf..aku juga tiada daya untuk memaknakan apa yg di atas.. ('_')

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Thursday, June 10, 2010

AKU TANPA INTRO??

Aku menulis tanpa intro. Dan bila aku tetap tegar menulis tanpa intro, aku tak pasti, sama ada apa yang akan aku tulis ini menggambarkan perasaan sebenar aku pada saat ini ataupun apa yang aku nak hati aku rasa. Sungguh, antara hati dan akal aku saat ini. Yang mana lebih menguasai? Aku akan tahu jawapannya sebentar lagi. Sekarang ini, aku tengah pkai headphone, dgr lagu yang aku xpaham sekuat-kuatnya. Aku nak tahu jugak! Mari kita tengok siapa yang kena!!yeeaahaaaaa!!!!!

Ok. dua minit, dan aku masih tak dapat tulis apa-apa. Mungkin aku perlu tukar lagu? Okeh. Lagu tagalong! Ok, lets start it again.

............???

Haha..aku masih tak dapat tulis apa-apa.. Wut happen?? Adakah akal aku yang buntu atau hati aku yang celaru?? Hmm..aku sendri tak tahu.. Okes, kita tukar lagu sentimental k.. Hmm..lebih tenang.. Mungkinkah? Mungkin ya.. Mungkin tidak..

Ok, kita pergi kepada hati. kita tanya hati apa yang tgh dia rasa. HATI kata, memang dalam hidup ni kadang-kadang kita rasa kitalah yang paling malang, kitalah yang paling sedih, kitalah yang paling kuat diuji.

Kemudian AKAL pulak mencelah, perasaan kau je tuh!haha..skali dia amek ayat roy gila-gila remaja da..haha..tapi aku pun stuju dengan kata akal, memang perasaan kita je tu. Perasaan kita yang slalu akan kata kitalah yang paling malang bila bencana menimpa, atau kitalah yang paling hepi bila bahagia tiba. Aku tak kisah sangat klau nk fikir camtu ntuk bab2 yang positif, asal kita kawal jgnla smpai nmpk over sgt. Tapi klau yg part2 negatif sket, asenye tak patut kot. Sebab apa2 pun, kita kna sedar yang setiap ketentuan yg terjadi memang sudah Allah tentukan. Qada’ dan qadar kita.

Hah, ini semua akal yg cakap!haha..

So, setelah menghabiskan lima buah lagu, dalam masa yang singkat, aku dapat katakan yang aku ni memang seorang yang sntiasa berfikir dulu sblm menulis ayat2 di sini. Sebab apa? Entah..sebab aku rasa yang benda2 ni semua bukan bleh aku cakap suka2 hati je. Aku masih tak rasa yang aku dapat bebas di sini. Tapi apa2pun, aku tahu yang hati aku lebih tepat dengan perasaan aku. Mungkin ya la kot aku tengah rasa yang aku tengah diuji sekarang..Dan akal aku pulak, akan cuba mengimbangi suasana. Kalau hati tengah sedih, akal akan kata, ‘be happy!’. Kalau hati tengah suka, akal akan kata, ‘rileks..jgn hepi sgt beb’. Tuntasnya, akal akan sentiasa menyuruh aku mengimbangi suasana dan berpada-pada dalam setiap ketika.

Tapi, aku tetap tidak akan tinggalkan salah satu dari mereka. Sama ada hati atau akal, aku akan sama-sama consider. Aku pilih akal, dan masih percaya hati.

Dan, lebih dari itu, aku masih tak tahu. Sesuatu yang bermaknakah atau sesuatu yang merapukah semua yang di atas ini? Apa yang ingin aku sampaikan? Apa yang ingin aku buktikan? Mungkin jawapan yang munasabah tak akan aku jumpa. Tapi cukupla klau dapat yg munasarawak pun, dekat2 je. Dan jawapannya, aku rasa yang aku tengah takde keje skrg!!haha.. Mungkinkah?? Mungkin ya.. Mungkin tidak.. Mungkin aku benar-benar maksudkan sesuatu antara semua yang di atas. Atau mungkin aku memang merapu tentang semua yang di atas. Masih nak tanya? Tak usah la..kadang-kadang kita patut biarkan soalan dijawab dengan soalan.. dan kadang-kadang soalan tu lebih baik hanya tinggal soalan..

tinggallah soalan..tinggallah jawapan..
haha..gaya tajuk lagu tinggallah sayang tinggallah pujaan je..huahuahuha..

MAAF..AKU MASIH TAK PASTI.=D

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Thursday, February 25, 2010

SUTERA DI HELAI MAWAR….

Cinta....kurasa kelembutan jiwa
Kurasa kelembutan belaian
Bak sutera di helai mawar
Di helai mawar..

Dukakah....aku menanggung rasa
Atau berdosakah aku..
Mengingatimu....

Duhai nurkasih..
Sama-samalah kita harungi malam
Biarpun siangnya mengejar usia
Kasih yang penuh bercahaya.

Ya nurkasih..
Akan dewasalah kita nanti
Dibawah warna-warna kecintaan
Memetik embun dinihari..

Cinta..masih juakah rasa merindu
Masih juakah engkau berduka
Mengharung seluruh kalbumu...

Ya nuryahabbi..
Asyykur illaiki alaami waa aghami
Kulli layaali wil ayaam..
Kasih yang penuh bercahaya.

Ya nurkasih..
Akan dewasalah kita nanti
Dibawah warna-warna kecintaan
Memetik embun dinihari..

Betapa..airmata mengalir jua
Biarkan saja aku kesati
Airmata yang gugur ini

Cinta..kurasa kelembutan jiwa
Kurasa kelembutan belaian
Bak sutera di helai mawar..
Bak sutera di helai mawar...

Nurkasih...

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, December 29, 2009

BILA AKU DISINI!

1,2,3.

Bila aku disini, adakalanya untuk meluahkan rasa. Segala yang aku pendam, segala yang aku ada. Selagi terdaya, selagi ada masa. Aku akan tetap di sini. Kadang-kadang, banyak yang ingin aku luahkan, tapi apakan daya. Aku, A.M.I, lebih suka berfikir dan bercakap sendiri dari menulis di sini.

Bila aku di sini, untuk meluahkan segalanya. Ada masanya terfikir aku, ‘Hm, untuk apa ya?’. Aku menulis segala yang aku sudah tahu. Segala yang datangnya dari aku. Terus, perlu apa aku menulis di sini. Paling-paling, aku membaca segala yang sudah aku tahu.

Tapi bila aku disini, dan menekan setiap abjad2 ini, berkata aku, ‘Hm, aku di sini. Esok juga aku masih di sini. Mungkin, aku akan terus di sini. Ya, aku akan tetap di sini!’

Lalu bila aku di sini, dan terusan bertanya, ‘ Untuk apa?’ Yaa.. Lambat atau cepat, aku tetap memerlukan jawapan. Maka aku berfikir, jangan hanya pandai bertanya A.M.I.. cari jawapannya. CARI. Ye, aku cari. Sebentar. Mungkin juga hari ini, mungkin juga esok, mungkin juga lusa. Bila-bila pun, bagaimana cara pun, aku pasti akan bertemu jawapannya. Insyaallah. Selagi diizinkan Tuhan. I just have to work on it. So, think!

Makanya bila aku di sini dan tetap saja di sini, aku telah kembali dengan jawapan. Tidak akan keluar ia soalan tanpa jawapan. Tersenyum aku. Seperti juga soalannya, jawapannya juga masih sama. Jawapan yang sama untuk soalan yang sama. Maaf A.M.I, aku hanya terkeliru juga sedikit serba salah. Terusan memberi jawapan yang sama untuk soalan itu. Aku hanya mencuri sedikit ruang itu untuk mencari jawapan lain. Tapi percuma, ngak ada. Apapun cara, bagaimanapun aku ikhtiarkan, jawapannya masih sama.

Hm..bila aku di sini. Dan masih tetap yakin di sini, ia itu dari kerana aku percaya pada jawapan aku. Tak perlu yang lain, apatah lagi menidakkan kebenarannya. Jangan pernah cuba. Perlu jawapan itu di sini? Tidak. Tak usah. Kerana jawapannya, insyaallah akan tetap aku ingat. Tidak perlu berada di sini untuk mengingatkan aku. Hanya aku yang tahu. Hanya aku yang perlu. Lagi juga, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Aku ingat itu.

Dan bila aku di sini, aku bersama keyakinan aku!

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, December 10, 2009

KOSONG? =D

Aku termenung. Merenung kertas kosong. Bersama pena di tangan. Ada yang mengeluh. Dan aku, hanya memandang, tersenyum dan bertanya, apa yang dapat membahagiakan anda? Satu senyuman? Aku mengangguk. Benar. A smile is nearly always inspired by another smile. Sungguh.

Smile.
And the whole world will smile with you.
Smile.
And the world things will shine for you.
Smile.
And the whole people will sing for you.

Smile, dear.
And you'll hear the lovely sounds of your heartbeats.
Smile, love.
And don’t worry, everything’s gonna be okay.

Smile with your whole heart.
Smile as you’ll fly high.
Smile with your full sight.
Let the glow shines in your eyes.
Cause somehow, eyes never lie…
So, let them show your true heart. =)

Aku tersenyum. Dan kembali merenung kertas kosong. Mencari, apa kertas ini turut tersenyum? Aku melihat, kertas ini tersenyum. Realiti, atau fantasi? Sekali lagi, aku tersenyum. Mungkin itu jawapan aku.

Kadang-kadang, aku hanya perlu merasakannya.
Tanpa kehadirannya.
Cukup bagi aku.

Dan di situ, aku melihat masih kosong.
Tapi di hati, aku merasakan sesuatu.
Cukuplah.

Pena kembali aku letakkan.
Tanpa tinta yang sudi tumpah.
Dan kertas, yang menjadi basah.

KOSONG? TIDAK... SENYUM. LIHAT. RASA.
o)? x)... =). =I. =P.

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

Wednesday, December 9, 2009

MATI . HIDUP . KEMBALI .


Butterfingers - Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana saja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada kusangka ada
Oh tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan bunyian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Kembali...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, October 28, 2009

HIDUP INI KLISE?!

Adakah adat dunia, bila lelaki yg selalu silap,
pmpuan yg kna betulkn?
Adakah adat dunia, bila lelaki minta maaf,
dan perempuan mesti maafkan?
Adakah adat dunia, bila lelaki yg malu,
pmpuan yg kena tampil berani?
Adakah adat dunia, bila lelaki jatuh,
pmpuan yang kena bangunkan?
Bukankah kita ini adam dan hawa?
Saling memahami? Saling memerlukan?
Kenapa tidak kita juga saling memberi?
Dan tidak hanya terusan menerima?

Otak kita ada akal, dan hati ini hanya satu..
Kenapa tidak digunakan akal yg dikurniakan?
Dan kenapa tidak dimanfaatkn hati yang cuma satu adanya?
Bukan sekali dua bermain-main di fikiran aku..
Ah..lelaki memang begitu, dan perempuan memang begini..
Agar kita saling melengkapi..

Bagaimana dunia..
Jika lelaki begitu, perempuan juga begitu..
Jika lelaki begini..perempuan juga begini…
Ha..aku sendiri maklum hal itu..
Tapi kadang2 semangat ratu
Tanah serendah sekebun bunga ini timbul..
Bilamana perempuan yang lemah, terpaksa berlagak kuat
Dek kerana lelaki yang kuat, pura-pura lemah..

Sedarlah hai adam..
Apalah sangat kudrat hawa yang azalinya lemah..
Jangan pernah percaya andai mereka berkata,
“Kami juga sekuat lelaki!”
Alahai..kita sedia maklum..dan semua orang tahu
Di alam nyata mahupun dalam setiap cerita,
Mana mungkin heroin mengalahkan hero??

Perempuan kata : “Ah, lelaki semua sama saja!”
Lelaki kata : “ Ah, perempuan semua sama saja!”
Hakikatnya : Memang.. memang lelaki dan perempuan sama saja!
Kita semua sama saja.
Janganlah perempuan berlaku sombong
hanya kerana syurga berada di telapak kaki kita
Janganlah lelaki berlagak angkuh
hanya kerana hak talak berada di tangan mereka

“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di belakangnya..”
Hm?
Maaf…itu dulu.
Sekarang, aku lebih setuju dengan ini :-
“Di setiap kejayaan lelaki,
pasti ada wanita di sebelahnya.”
Lebih harmoni bukan?
Saling memberi dan saling berkongsi..
Fitrah kita saling melengkapi.

SUBHANALLAH
Maha Suci ALLAH
Yang menciptakan kita manusia berpasang-pasangan adanya
Melahirkan HAWA dari tulang rusuk kiri ADAM
Dekat dengan hati yang lemah
Untuk dilindungi dan dikasihi…

Benar..hidup ini mungkin klise..
Kerana orang-orang yang hidup itu juga sesuatu yang klise..
Tak akan ada lagi yang lain..
Selain kita manusia adam dan hawa..
Belajarlah sesuatu dari klise itu..

"Kadangkala, kita tak perlukan yang terbaik untuk menjadikan kita berjaya,
cukup sekadar yang termampu menjadikan kita seorang yang sempurna.."

Dan, sesempurna manapun seseorang itu,
Tidak mungkin akan dapat memuaskan hati semua orang.
Ambillah..terimalah..
Tak tinggi kita dek puji,
Tak mati kita dek keji..
INSYALLAH

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~