CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

BILA AKU DISINI!

1,2,3.

Bila aku disini, adakalanya untuk meluahkan rasa. Segala yang aku pendam, segala yang aku ada. Selagi terdaya, selagi ada masa. Aku akan tetap di sini. Kadang-kadang, banyak yang ingin aku luahkan, tapi apakan daya. Aku, A.M.I, lebih suka berfikir dan bercakap sendiri dari menulis di sini.

Bila aku di sini, untuk meluahkan segalanya. Ada masanya terfikir aku, ‘Hm, untuk apa ya?’. Aku menulis segala yang aku sudah tahu. Segala yang datangnya dari aku. Terus, perlu apa aku menulis di sini. Paling-paling, aku membaca segala yang sudah aku tahu.

Tapi bila aku disini, dan menekan setiap abjad2 ini, berkata aku, ‘Hm, aku di sini. Esok juga aku masih di sini. Mungkin, aku akan terus di sini. Ya, aku akan tetap di sini!’

Lalu bila aku di sini, dan terusan bertanya, ‘ Untuk apa?’ Yaa.. Lambat atau cepat, aku tetap memerlukan jawapan. Maka aku berfikir, jangan hanya pandai bertanya A.M.I.. cari jawapannya. CARI. Ye, aku cari. Sebentar. Mungkin juga hari ini, mungkin juga esok, mungkin juga lusa. Bila-bila pun, bagaimana cara pun, aku pasti akan bertemu jawapannya. Insyaallah. Selagi diizinkan Tuhan. I just have to work on it. So, think!

Makanya bila aku di sini dan tetap saja di sini, aku telah kembali dengan jawapan. Tidak akan keluar ia soalan tanpa jawapan. Tersenyum aku. Seperti juga soalannya, jawapannya juga masih sama. Jawapan yang sama untuk soalan yang sama. Maaf A.M.I, aku hanya terkeliru juga sedikit serba salah. Terusan memberi jawapan yang sama untuk soalan itu. Aku hanya mencuri sedikit ruang itu untuk mencari jawapan lain. Tapi percuma, ngak ada. Apapun cara, bagaimanapun aku ikhtiarkan, jawapannya masih sama.

Hm..bila aku di sini. Dan masih tetap yakin di sini, ia itu dari kerana aku percaya pada jawapan aku. Tak perlu yang lain, apatah lagi menidakkan kebenarannya. Jangan pernah cuba. Perlu jawapan itu di sini? Tidak. Tak usah. Kerana jawapannya, insyaallah akan tetap aku ingat. Tidak perlu berada di sini untuk mengingatkan aku. Hanya aku yang tahu. Hanya aku yang perlu. Lagi juga, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Aku ingat itu.

Dan bila aku di sini, aku bersama keyakinan aku!

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 comments: