CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 15, 2009

SEMPENA HARI GURU...'CIKGU'

~ saya bakal guru malaysia!!..insyaallah..selagi diizinkn tuhan meneruskan niat dan hajat yang menggunung tinggi ini

GURU 0 GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sajak ini tentunya amat bermakna kepada setiap insan yang bergelar guru..
guru..cikgu..
insan yang membentuk aku pada hari ini..

terima kasih cikgu..
untuk setiap ajaran..
setiap kenangan..
dan setiap pengalaman..
yang sudi diajar walau tahu xmungkin dibalas..

setiap jasamu insyaallah
akan selalu aku ingat,
akan selalu aku pahat,
akan selalu aku angkat...
menjadi penunjuk di masa aku gawat...

bukan sekejap aku di bangku sekolah..11 tahun..

6 tahun di SRK HAMZAH (2)
3 tahun di MRSM PASIR SALAK
2 tahun di MRSM PENGKALAN CHEPA

lama..cukup lama untuk membentuk aku menjadi aku..
menjadi A.M.I pada hari ini..
tapi xsekalipun aku berani menjejakkan kaki ke sekolah lama aku..
kenapa..malu?mungkin..aku bukan sesiapa..bukan seorang yang seharusnya dikenali atau diingati..oleh sesiapa sahaja..rakan-rakan sekolah..cikgu-cikgu...hatta makcik-makcik cleaner..haha..biarlah aku begini sehingga aku pasti yang aku telah menjadi seseorang..kembali dengan sesuatu di tangan..tidak aku peduli masa yang perlu aku ambil..10 thn..20 thn..hingga smpai bila2 pn..insyaallah..selagi ada hayat aku dikandung badan..akan aku capai apa yang aku inginkan..akan aku gapai apa yang aku impikan..

bukan semua semudah sangkaan..
bukan semua seindah harapan..
aku terima segalanya..
alhamdulillah..

>wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah<

0 comments: