CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 21, 2008

MUKADDIMAH..dimulakan dgn bismillah....

dimulakan dgn bismillah..Sebagai permulaan kepada blog ini, eloklah kiranya aku menetapkan bahawasanya blog ini lebih sekadar tatapan kepada aku sendiri.. Tentang apa sahaja yang aku fikirkan, tentang pelajaran aku, fikiran aku, masalah aku, hidup aku, dan diri aku.. blog ini juga diharap boleh menjadi peringatan kepada aku sendiri…

Oleh kerana blog ini lebih kepada tatapan aku, makanya aku lebih senang menggunakan kata ganti diri pertama ‘aku’ disini.. pada dasarnya aku menggunakan perkataan ‘kita’ bila aku selalu bermonolog dalaman iaitu bila aku bercakap dengan diri aku sendiri.. ntahla, dah automatic perkataan ‘kita’ yang keluar dan bukannya ‘aku’, ‘saya’ atau apa2 saja kata ganti diri pertama.. sebaliknya aku menggunakan kata ganti diri kedua iaitu ‘kita’.. seolah2 ada dua watak apabila aku bercakap sendirian.. dan inilah apa yang aku rasa bila aku bermonolog..

Dan kata ganti diri pertama ‘saya’ pula aku gunakan bila nak bercakap dengan kawan2.. tak kira la lelaki atau perempuan.. bukan nak tunjuk budak baik atau terlebih sopan, tetapi dah sebati aku lebih senang menggunakan ‘saya’ dan ‘awak’. Mungkin mengikut jejak kakak aku yang seingat aku memang menggunakan panggilan ni dengan kawan2. tapi kadang2 tu aku pakai jugak la panggilan ‘hang’ bila cakap dengan budak laki takut dia ingat aku ni sengaja la pulak nak tunjuk sopan walhal aku pon sempoi je.. n takut jugak kadang2 dorg xselesa nak sembang ke..

Walaupun aku guna panggilan ‘saya’ dan ‘awak’, tapi aku tak kisah langsung dorg panggil apa pn.. nk guna ‘aku’ ‘kau’ ke, ‘mu’ ‘aku’ ke or apa2 je.. jgn la smpai dorg ubah2 sebab nak cakap dengan aku je.. sikit pun aku tak kisah.

Dan bila aku menulis sesuatu yang memang untuk tatapan aku sendiri, aku lebih senang guna perkataan ‘aku’ dan bukannya ‘kita’ macam aku bercakap sendiri sebab aku rasa lebih sampai maksudnya.. bila aku berfikir sesuatu aku guna ‘kita’ tapi bila nak menulis aku guna ‘aku’ la.. macam sekarang.. tak susah pun sebab mende ni automatic jadi.

> wallahualam..semoga menjadi pengajaran buatku..insyaallah.. <

0 comments: